Jumaat, 5 Ogos 2022 – Karnival Kerjaya Jamin Kerja pada anjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan pada hari pertama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diadakan di Dataran Perayaan Petra Jaya. HMN Nadhir Sdn Bhd yang dijemput menyertai karnival ini, telah membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berminat untuk berkerja dalam industri perkhimatan pembinaaan dan pembangunan, pengurusan fasiliti serta telekomunikasi di Sarawak. Kita hadir dengan menawarkan beberapa jawatan kosong untuk diisi.
Walaupun cuma diberikan peluang mengendalikan booth pekerjaan untuk sehari sahaja (bagi memberi laluan kepada syarikat lain juga yang turut serta untuk karnival ini), kami berjaya mendapatkan lebih 100 calon yang datang untuk sesi temu duga secara terus di booth HMNG pada 1 sesi ini. Jelas kelihatan kesungguhan serta keterujaan pada wajah para calon yang datang memohon jawatan-jawatan tersebut. Namun untuk memeterai calon yang berjaya mengisi kekosongan itu, ia haruslah berdasarkan kesesuaian serta kelayakan calon tersebut.
Diharap lebih ramai rakyat Bumi Kenyalang yang datang untuk merebut peluang serta manfaat yang ditawarkan pada karnival pekerjaan seperti ini.