PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PENGAIRAN DAN SALIRAN JELAPANG PADI LINGGA / BANTING SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN BAHAGIAN SRI AMAN – FASA 1
Source: Bernama Harian
Link: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/09/197213/sistem-pengairan-jelapang-padi-dinaik-taraf
KUCHING – Projek Pembangunan Infrastruktur pengairan dan Saliran Jelapang Padi Lingga / Banting serta kerja – kerja berkaitan bahagian Sri Aman – telah ditawarkan kepada HMN Group of Companies yang berkeluasan berjumlah 2,100 hektar untuk Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Pembangunan infra Pakej Lingga-Banting ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak RM270 juta.
Fasa 2 akan hanya boleh dimulakan setelah kemajuan tapak LinggaBanting Fasa 1 mencapai 50% siap atau komponen jalan ladang siap. Ini adalah kerana jalan ladang Fasa 1 merupakan jalan masuk utama ke Fasa 2 dan Fasa 3.
Bagi memastikan Projek Jelapang Padi di Batang Lupar ini dapat dijayakan, maka IADA Batang Lupar juga telah melaksanakan Program Hari Bersama Pelanggan Dan Sesi Engagement Dengan Penduduk Lingga-Banting pada 3 Julai 2019 bagi memberi kefahaman dan penerangan berkenaan pembangunan infra yang sedang diusahakan ,dalam usaha membantu meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan penggunaan varieti padi moden yang disyorkan.
Pembangunan infrastruktur pertanian ini amat penting bagi menyediakan kawasan tanaman padi yang sesuai dan pembangunan projek-projek pertanian yang lain bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani di kawasan tersebut. Pihak Kementerian akan terus berusaha membangunkan keseluruhan kawasan ini dengan infrastruktur yang lengkap dengan pembangunan kawasan tanaman padi dalam RMKe-12.
Sekian, terima kasih.

