PERKHIDMATAN PEMBINAAN SEMULA SEKOLAH DAIF DI NEGERI SARAWAK MENGGUNAKAN PERUNTUKAN RM1 BILION (FASA 1) DI SMK BALAI RINGIN, SERIAN

Source: BERITA HARIAN ONLINE
Link: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/08/601036/37-sekolah-daif-di-sarawak-terbabit-fasa-pertama-projek-baikpulih

KUCHING: Sebanyak 37 sekolah terbabit dalam fasa pertama projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak membabitkan peruntukan berjumlah RM1 bilion  Sebahagian daripada peruntukan tersebut disalurkan ke arah pembangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin yang kini sedang dilaksanakan oleh HMN Nadhir Sdn Bhd.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan projek itu mampu memberi impak positif kepada komuniti guru, pelajar dan penduduk setempat.

Malah, Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada anggota jawatankuasa berkenaan, termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan di atas komitmen mereka menangani isu sekolah daif di Sarawak.

Peratus kemajuan keseluruhan projek penambahbaikan pembangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin adalah 60 peratus setakat Oktober 2021 dan semoga projek ini akan meyumbang kearah keselesaan pembelajaran untuk lebih kurang 3000 orang pelajar di SMK Balai Ringin. Kami akan terus bekerjasama secara profesional dengan Kementerian Pendidikan bagi menyelesaikan semua cabaran bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancar.

Search

Lot 4080, Sukma Commercial Centre, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching Sarawak